Monday, September 7, 2009

ReNunGaN BeRsAmA

Jika kamu memancing ikan…… Setelah ikan itu terlekat di mata kail…… Hendaklah kamu mengambil ikan itu…… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…… Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga…… Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …… Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…… Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…… Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…… dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…… Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…… Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…… Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga…… Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya…… Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa…… Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi…… Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…… Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT …… Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…… Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN …… Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…… Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga…… Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN …… Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…… MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU …. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…… Terlalu mengejar KESEMPURNAAN …… Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…… Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

MeNcARi CiNtA YanG HiLaNg

"Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya."

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.

Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. "Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini"
p/s kpd isteri2 yg mempunyai suami semulia spt ini,,jg la ht ny,,jgn biarkan ia merana krn skp anda yg keanak-anakan.. berdoala utk kbhgiaan anda berdua dunia dan akhirat..krn di zaman yg serba moden ini,,amt sukar bg wanita utk mendptkn suami spt ini..fikir2kn la wahai kaum Hawa..

LoVe WoRdS

Tak usah sebut pasal cinta ,
jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah.

Tak usah bercakap tentang perasaan,
jika ia tidak berada di hatimu.

Tak usahlah menunjuk ke dada,
jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu.

Cinta adalah keabadian…
dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
Namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tangan mu,
dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya..

p/s** betol ker..??fikir2kan...

WaNiTa a.k.a WoMeN

Seorang WANITA umpama,
Ssekuntum bunga ditaman,
Segar mewangi dipelosok dunia,
Setulus kasih sesuci embun.

Lembut WANITA kerana tutur katanya,
Patuh WANITA kerana setianya,
Cekal WANITA kerana beraninya,
Sabar WANITA kerana imannya.

Kasih WANITA kerana belaiannya,
Lemah WANITA kerana air matanya,
Ikhlas WANITA kerana simpatinya,
Dendam WANITA kerana cemburunya,
Sayang WANITA kerana sifat keibuannya,

dan...
Tan­pa WANITA lelaki lemah
Kerana WANITA lelaki kalah..

p/s...yeke...??

AmaLaN MeWuJuDkaN KaSiH SaYanG SuaMi IsTeRi DaN KeLuArGa

1) MEMBACA SURAT A-LI'IMRAN AYAT 31
Firma Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.

(2) MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku."(Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)

(3) UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

(4) AYAT INI SESUAI DIBACA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SESEORANG IAITU SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

(5) PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA.
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidor. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.(Hanya sesuai untuk pasangan suami-isteri dan anak-anak-pasangan yang halal dari segi hukum Allah).

I LiVe My LiFe FoR YoU

You know you're everything to me
And I could never see
The two of us apart

And you know I give myself to you
And no matter what you do
I promise you my heart

I've built my world around you
And I want you to know
I need you like I've never needed anyone before

I live my life for you
I want to be by your side
In everything that you do
And if there's only one thing you can believe is true
I live my life for you

I dedicate my life to you
You know that I would die for you
But our love would last forever

And I will always be with you
And there is nothing we can't do
As long as we're together
I just can't live without you
And I want you to know
I need you like I've never needed anyone before

***this song aq tujukan tuk hubby aq yg tercinta***

BiLa AkU JaTuH CiNtA

Allahu Rabbi,,
Aku minta izinMu
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi,,
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu
Yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi,,
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengankasih-Mu
Dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi,,
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi,,
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu...
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu..
Amin...

Rahsia Wanita

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

…. Jika kesilapan semalam belum terampun MAAFKANLAH ,
Jika kesilapan hari ini menyakitkan..LUPAKANLAH..kerana Allah menyayangi insan yg pemaaf..

DaN SeBeNaRnYa...

Oh Bulan..
Enggan melayan diriku lagi
Pabila airmata membasahi pipi
Dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga menyintai aku

Ku enggan
Berpura pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih.. bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Oh…
Dan Sebenarnya..
Dan Sebenarnya..
Aku rindu..

Dan Sebenarnya..
Dan Sebenarnya..

Aku tak mampu..Tanpamu

Sunday, September 6, 2009

CiNtA AnTaRa KiTa

Sejak dari dulu ku mencintaimu
Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yang telah membuatku mencintaimu

Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemumu
Mungkin ku harap jua kau merinduku
Sebagaimana ku rindumu

Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usiaku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku
Ku kan berjanji menyintamu sayang

Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemumu
Mungkin ku harap jua kau merinduku
Sebagaimana ku rindumu

Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usiaku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku
Ku kan berjanji mencintaimu sayang
Ku kan berjanji mencintaimu sayang

***Syg...maafkan diri ini setulus hatimu...***

DeMi CiNtA..

Maaf, ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku,
Dan kubawa kau seperti diriku

Walau hati ini terus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta

Akhirnya juga harus ku relakan
kehilangan cinta sejatiku
Segalanya telah ku berikan
Juga semua kekuranganku

Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku terima semua demi cinta

Jujur,
aku tak kuasa,
Saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi,
Kita mungkin tak bersama lagi

Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Izinkan aku titipkan
kisah cinta kita selamanya
Demi cinta....


***Syg,,,maafkan diri ini di atas segala yang telah berlaku... Aku hanya manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan***

SeLaLu MenGaLaH

Jelaskan padaku isi hatimu
Seberapa besar kau yakin padaku
Untuk tetap bisa bertahan denganku
Menjaga cinta ini
Pertengkaran yang terjadi
Seperti semua salahku
Mengapa selalu aku yang mengalah
Tak pernahkah kau terfikir
Sedikit tentang hatiku
Mengapaku yang harus selalu mengalah
Pantaskah hatiku
Masih bisa bersamamu...

p/s aq ske sgt lagu nih..membawa sejuta erti dlm idop aq...huhuhu....

Wednesday, September 2, 2009

SaYu HaTi aKu..


aq busan...busan giler2 ni...knp ek???sume bnde yg aq bt,,sume serba xkne..tension siot..aq rs nk blk kg jew skrg ni...tension tahap kanggaroo dh nih..huhuhu...lg ht aq ni....sayu jer...xth la pe yg aq pk kn ni...hhmm....tlg ler aq...pe aq nk bt la ni...dh hbs pikiaq dh ni...xmau gk...nth ape2 jer la...kje melambak..asgmnt ag...huhuhu...

tunang aq lg 1 hal...ske bt hl...nk nyakitkn ht je kjenye...mcm xdak kja lain dh...dh la tgh mcmni,,,dia lg nk tmbh sedih aq,,nk tmbh sayu ht aq ni..eeeeeeeeeeee...........mkin skit ht aq ni lg ade...

mak,,abah,,angah nk blk...rindu la...