Sunday, November 15, 2009

ReNunGkAn...

Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa...mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalir air mata..
sesungguhnya, mengenali sesorng itu mampu memberi kita sejuta rasa...MARAH..SEDIH..GEMBIRA...SAYANG...DAN RINDU
Tetapi sedarkah kita..
Mengenali seseorng itu sebenarnya adalah 1 ANUGERAH dan bersyukurlah dgn kehadirannya,
Kerana barangkali,
Melaluinyalah kita mengerti apa itu erti kehidupan dan kesedihan..
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya, apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.
Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.
Crazy..!!
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Hanya mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

2 comments:

Anonymous said...

betul tu... sampai sekarang gua masih merasa sakitnye kehilangan seseorang...

Putri Aleeya Qhalisya said...

ye2...aq th...sume org pasti merasainya....