Saturday, October 3, 2009

DoA...

Di dalam cahayaMu Tuhan
Ku harap petunjukMu
Di dalam sinaran purnama
Ku mohon keampunan
Moga terlerai segala dosa-dosaku
Mogaku jadi hamba yang bersyukur

Tuhan Yang Esa
Udara yang kuhirup
Terasa nikmatMu yang menggunung
Tidak terhitung harga nilainya
Oh Tuhan
Kau Pengasih Maha Penyayang

Oh Tuhan
Di depan ujianMu
Terasa diri ini memerlukanMu
Ku harap Kau lindungi
Hamba yang lemah ini
Kau Tuhan Maha Kuasa
Maha pengampun

Ku harapkan pintu taubatMu terbuka luas
Untuk hambaMu yang sering leka
Dengan rahmatMu dan kasih sayangMu
Kau ampunilah segala dosaku
Moga selamat di dunia dan akhirat

2 comments:

saiful adli mohd hasmi said...

amin...

semoga ilham berterusan.

dinda said...

insyaALLAH...TQ